Wednesday, August 19, 2015

[63] BER'syukur'



Assalamualaikum.......dan selamat petang.

Masih di sekolah. 6.45 petang nanti baru habis sesi persekolahan. Berkesempatan jenguk-jenguk blog-blog yang ina follow. Alhamdulillah...ramai yang dah mendapat cahaya mata, yang tak putus post tentang resepi dan yang mengelilingi dunia. Seronoknya tengok.....

Dulu selalu angan-angan nak ke sana ke sini. Tapi dengan kekangan kerja, memang simpan je la angan-angan tu. Masa di Bintulu dulu pun tak sempat nk teroka bumi Sarawak. Hanya ke Miri dan Kuching sahaja. Itu pun da bersyukur sangat dapat tengok negeri orang. Nanti ina share koleksi gambar yang sempat ambil di sana.

Rasa seronok disamping suami berbanding berjauhan dulu... tapi mengenangkan sahabat handai dan sepupu yang masih di sana, rasa sedih pun ada. Banyak pengalaman yang menguji kesabaran dan keimanan. Moga sahabat dan sepupu tetap kuat di sana. Rindu kamu semua.

Dah dua minggu tolong suami jaga site, rasa mcm tak cukup rehat.....

Cepat la balik dari outstation ya sayang.....dah tak larat dah ni.





Wednesday, August 5, 2015


[62] SMK DESA CEMERLANG ;)


Salam....rasa teruja terlebih bila dapat buka blog yang bersawang tahap apentah... haha.
ramai juga kawan2 yang dah tak berblog.. moga aku ada kudrat nak berblog semula. banyak nak dikongsi. pengalaman di Sarawak hingga di SMK Desa Cemerlang.

Terima Kasih ALLAH.

Moga aku terus tunduk dan sujud.... :)









Wednesday, October 15, 2014

[61] Akhirnya......

Assalamualaikum

Akhirnya.................................................................................................................................................................................................................. dapat juga buka blog terchenta. Ya Allah, banyak kali nak login tapi tak berjaya. Entah kenapa Entah.

Syukur dah boleh buka, boleh lah mengomel banyak-banyak.

Sekarang dah berapa kurun tak post. Rindduuuuuuuu........

Terlalu banyak benda yang nak diluah, tapi sekarang tengah sibuk kat sekolah. Kerja melambak-lambak. Meja cikgu pn dah tak ada rupa meja dah. hahahahhahaaaaaaa.

Buat cuci mata......








rindu saat-saat ini.....

sampai jumpa lagi...muaahhhhhhh

Tuesday, December 3, 2013

[60] Saje nk banyakkan POST. hahaha


Assalamualaikum, selepas meng'update' ape yang patut.

Ni adalah simple update setelah meninggalkan blog ni pada awal tahun 2013 :)

1. Post yang ke-58 ina ada beritahu baru start praktikal kan? ina habis praktikal akhir bulan Jun.
2. Buat pertama kali dalam hidup time cuti tak bekerja. Tolong en.tunang jer. (masa tu masih bertunang).
3. Banyak aktiviti bersama nyawa-nyawa (My BFF).
4. Bulan 10, dengan sekali lafaz saya menjadi ISTERI kepada EN.ISMADI :)


5. Sekarang saya sudah menjadi seorang isteri, so offically jadi EX-B2B. 

nanti kita sambung lagi ya. Love u. (nak pergi rumah kawan).


*setiap yang berlaku ada hikmahnya.



[59] Mengapa jadi begini??????

Assalamualaikum :)

Ntah jadi apa ngan blog nih. Kesian huhu.

2013-tahun yang indah, tapi stakat ni baru 3kali post. maaf ya... (macam ada yang bace jer) haha. Memang tak terjaga. Cetengok nih.


masih en.tunangan. hahahahaaa......

sekejap lagi ina tukar okeh. 

too much to share here.

muahhhhh :*

Monday, February 25, 2013

[58] SHAH ALAM MALIIIIIII......

Assalamualaikum dan selamat pagi..

isnin yg hening.... heee, baru balik trainning netball kt skola. aik???? skola? post yang lepas ina ade cakap lagi 2minggu ina nak praktikal kan.. so masuk hari ini, ina da seminggu praktikum = praktikal di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 9, SHAH ALAM. Alhamdulillah, seminggu yang menenangkan dan berjalan dengan lancar.

SMK Seksyen 9 sangat cantik persekitarannya, para pentadbir yang baik hati, rakan guru yang mesra dan pelajar yang sangat cool... wahhhh,,,cool gitu. hik3. serius, 2tahun menjadi GSTT di Johor Bahru, pelajar2 sangat berbeza dengan pelajar seksyen 9. apa-apa pun ALHAMDULILLAH.


Sekolah ni tak macam skola biasa, lebih nampak macam kolej sebab rekabentuk bangunan yang berlekok-lekok. mmmmm....tetiba rase penat menaip. haha.....baru sikit je. nnt ade mase ina post lagi pasal sekolah ya. ina mengajar subjek Kemahiran Hidup. disebabkan ina boleh mengajar ke-4-4 pilihan, jadi ina dapat mengajar Ekonomi Rumahtangga (ERT), Kemahiran Teknikal (KT) dan Perdagangan (PT). Alhamdulillah, 12waktu yang diberi kesemuanya subjek KH... :) sebab ada kawan-kawan yang mengajar subjek lain daripada option.

Menjadi Pembantu Guru Tingkatan 1KRK 3, Guru Penasihat BBSM, Guru Penasihat Bola Jaring dan Guru Rumah Sukan Buana-Hijau. Apa-apa pun tetap bersyukur, walaupon jauh dari JB tapi dapat sekolah yang sempurna. :)

Seminggu duduk Shah Alam, ina demam panas. nampak sangat xleh jauh ngn JB terutama MA, AYAH n EN.TUNANG.....love u all so much... muaahhhhhhh

okey, nak siap-siap pergi sekolah.






minggu depan da masuk bulan mac, so lg 3bulan je nk praktikum..yeyyyy (nak sedapkan hati) haha.



Thursday, January 31, 2013

[57] yuuhhuuuuu.....


assalamualaikum..

huhu...bersawang again.. serius bizi giler last sem..

nk dedicate lagu..yuhhuuuuu.

UNTUK KAMI.... <3




okey...2 je kot..

hurmmmm....lg 2weeks nk praktikal... wish me luck :)